Ancaman gempa yang sering terjadi di Indonesia menyebabkan ada pihak mula berkira kira untuk menghentikan penghantarnan pelajar khususnya dalam bidang perubatan ke republik itu dan mencari negara lain yang selamat. Terengganu mengambil langkah pertama untuk mengkaji semula keputusan mereka itu dengan memoertimbangkan negara lain seperti Poland dan Hungary pengurusi jawatan kuasa pelajaran, pengajian tinggi, sains,teknologi dan sumber manusia Terengganu, Ahmad Sarif abd Rahman berkata, mereka akan menghantar pegawai ke Indonesia minggu depan untuk melihat aspek keselamatan pelajar."Apapun keputusan yang bakal di ambil nanti, ia adalah yang terbaik untuk pelajar kita ," katanya kepada pembarita. Razif berkata buat masa ini terdapat 65 pelajar Terengganu sedang menuntut dalam bidang perubatan di 10 buah universiti Andalas, pada masa ini terdapat kira kira 5,900 pelajar Malaysia di 13 buah universiti di Indonesia dengan mayoritas daripada mereka menuntutu dalam bidang perubatan. Sementara itu, ketua pengarah jabatan perhidmatan awam (JPA), Tansri Ismail Adam berkata , pihaknya belum ada cadangan menarik balik 300 pelajar tajaan mereka di Indonesia melainkan 2 orang yang menuntut di Universiti Andalas. Katanya JPA akan berbicang dengan kementrian pengajian tinggi mengenai status kedua dua pelajar di kawasan bencana itu mengenai pemindahan mereka ke universitilain di republik itu atau menyambung pelajaran di negara lain.
Ahad, Oktober 4
KAJI HANTAR PELAJAR KE INDONESIA
12:11 PTG
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komentar:
Catat Ulasan