Kerajaan akan menawarkan program pengampunan selama enam bulan kepada pekerja dan pendatang tanpa izin yang jumlahnya agak besar di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau pengampunan dan pemutihan berkenaan mulai 11 Julai depan itu bertujuan mengurangkan bilangan mereka di negara ini.
Program yang dinamakan '6P iaitu pendaftaran, pemutìhan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan.
Ia akan dilaksana melalui gerakan pendaftaran merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.
"Kita mahu supaya selepas eksesais ini berjalan, kerajaan dapat memperkemaskan rekod berkenaan pekerja-pekerja asing dalam negara dan sekaligus dapat mengurangkan pekerja asing di negara ini," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
Timbalan Perdana Menteri berkata program pendaftaran itu terbuka kepada semua pendatang asing di negara ini termasuk mereka yang masuk secara haram menggunakan pas lawatan sosial.
"Mereka yang berbuat demikian tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang," katanya.
Muhyiddin berkata, bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kerajaan akan melantik syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan soal pendaftaran antaranya bagi menemui majikan dan mendaftarkan pekerja-pekerja sing di bawah syarikat terbabit.
"Untuk itu kita minta majikan terlibat secara aktif (membawa keluar dan mendaftarkan pekerja) kerana di bawah program pengampunan ini tidak ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.
"Kerajaan juga ingin memohon kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri menerusi jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan yang ada di seluruh negara serta jawatankuasa keselamatan kampung untuk membantu dalam soal ini kerana mereka lebih tahu di mana pekerja-pekerja tanpa izin itu berada," katanya.
Muhyiddin berkata proses pendaftaran itu juga bertujuan mengenal pasti keperluan guna tenaga industri dan sektor tertentu di negara ini, dan untuk itu, kerajaan telah mengarahkan semua kementerian yang mengetuai sektor perladangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan serta sub sektor di bawahnya, mengumpul fakta berhubung jumlah guna tenaga yang diperlukan supaya keperluan itu dapat dipenuhi setelah sesi pendaftaran selesai.

Ahad, Jun 26
Program Pemutihan Pendatang Asing
10:05 PG
No comments
Published with Blogger-droid v1.7.2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komentar:
Catat Ulasan