Isnin, Jun 6

Amah mati dipercayai didera


06/06/2011 6:09pm

PETALING JAYA - Seorang pembantu rumah wanita warga asing meninggal dunia pagi semalam dengan kesan calar di bahagian belakang badannya dipercayai didera oleh majikannya.

Mangsa berumur 26 tahun dan berasal dari Indonesia dibawa oleh majikannya, pasangan suami isteri berumur 50-an dari Taman Sea Park di sini ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 7.50 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (SAC) Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di PPUM.

"Laporan perubatan mengesahkan bahawa kematian mangsa meragukan dan mangsa turut cedera di bahagian dahi dan lengan dipercayai di dera. Terdapat juga kesan cedera lama pada badan mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. - Bernama

0 komentar:

Catat Ulasan

Share |

Buku Cerita Bawean