Ahad, Disember 6

Lompat bumbung elak dicekup







KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengelak daripada dicekup pihak berkuasa, beberapa pendatang tanpa izin sanggup membahayakan diri melompat dari bumbung ke bumbung rumah ketika serbuan di Kampung Segambut Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Namun tindakan pantas Jabatan Imigresen Kuala Lumpur berjaya mencekup mereka daripada meloloskan diri ketika serbuan mengejut itu dan menahan 95 warga asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Suffian Omar berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam tentang kehadiran pendatang tanpa izin yang menghuni hutan bersebelahan kampung itu sejak dua bulan lalu.

“Pihak Imigresen mendapati warga asing itu membina penempatan sendiri dan ketika serbuan ada yang sanggup bersembunyi dalam gelap di atas bumbung rumah,” katanya.

0 komentar:

Catat Ulasan

Share |

Buku Cerita Bawean