Khamis, 27 Oktober 2016
Pendawaian Rumah (House Wiring) - Suis utama dan wayar
Baru-baru ini aku nak 'renovate' rumah baru. Separuh ruang letak kereta dijadikan ruang tamu baru. Jadi meter elektrik yang sebelum ini berada dipintu masuk utama dah terletak di dalam rumah pula. Oleh sebab nak alihkan meter ini melibatkan wayar hidup, terpaksalah aku mencari tukang wayar untuk alihkan. Dah alang-alang tu, aku tanya juga upah untuk pendawaian lain.
Upah pendawaian
Harga
Nota
Power Point RM80 to RM100 setiap punca
(harga tanam wayar) Setiap tambahan punca perlu bayar RM10 to RM15
Pemanas air RM120-RM150 Tidak termasuk upah pasang
Pendingin hawa RM200-RM400
Pendawaian baru Lampu RM40 Upah pasang RM10.
Pendawaian baru Kipas RM40-RM50 Upah pasang RM20
Alih meter (wayar hidup) RM250-RM400
Harga ini aku dapat dari 2-3 orang wireman.
Okaylah.. tu cerita bab alihkan meter letrik. Kosnya macam tulah kalau nak upah orang. Tapi kali ini aku nak tulis untuk DIY pendawaian rumah sendiri. Sebab nak jimat kos, aku pilih untuk buat pendawaian sendiri. Sebab pernah buat wiring sendiri di rumah, jadi aku nak cuba buat wiring seluruh rumah pula. Bab meter tu takde pengalaman lagi, jadi memang kena upah orang.
Tapi yang aku terangkan ini hanya yang basic sahaja. Nak tahu lanjut, kenalah belajar lebih lagi. Kadang-kadang aku pun lupa, jadi apa yang ditulis ini hanya rujukan aku saja.
Suis utama
Perkara pertama kena tahu wiring rumah ini adalah suis utama. Di papan suis utama ini beberapa benda yang perlu tahu:
Pengasing litar (Molded Case Circuit Breaker - MCCB)
Yang paling penting. Fungsinya untuk memutuskan bekalan eletrik. Nak ke kerja dalam keadaan wayar sentiasa ada arus. Silap-silap terkena renjatan elektrik. Jadi sebelum nak buat wiring, tutup suis ini dahulu.
Pemutus litar arus baki (RCB/RCCB)
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.
Pemutus litar kenit (MCB)
Sama fungsi dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. MCB ini yang akan disambungkan ke lampu-lampu, kipas-kipsa dan alatan letrik yang lain.
Jenis Litar
Unit
Saiz Kabel
(mm2)
Nilai MCB
(Ampere)
Litar Lampur/Kipas
13
1.5
6
Penghawa Dingin dengan suis
1
4
20
Pemanas Air dengan Suis
1
4
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
2
2.5
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
4
4
32
Soket alir keluar 13A (Gelang)
6
2.5/4
32
Jadual kesesuaian sais wayar dan jumlah bebanan
Kabel
Kebiasaannya di rumah hanya pakai kabel 1.5 mm dan 2.5 mm kecuali untuk penghawa dingin dan pemanas air. Jadi kalau untuk pendawaian di rumah, lebih baik beli 3 gulung wayar 1.5 mm dan 3 gulung 2.5 mm. Kenapa 3 gulung? Sebabnya untuk wayar Hidup (Live), Neutral dan Bumi (Earth).
Sais (mm)
Kesesuaian
1.5 Lampu, kipas
2.5 Power point
4 Peralatan yang menggunakan elektrik lebih seperti pendingin hawa dan pemanas air.
Jadual saiz wayar dan kesesuaian
Wayar
Warna
Bumi (E) Hijau
Neutral (N) Hitam
Hidup (L) Merah
Jadual warna wayar
Kebiasaanya warna hijau digunakan untuk wayar Bumi dan Hitam untuk Neutral. Kadang-kadang ada yang gunakan warna Putih untuk neutral. Warna merah pula untuk wayar hidup dari MCCB. Warna-warna lain seperi Biru dan Kuning digunakan untuk wayar dari kotak suis.
Sais
Harga
1.5 mm RM30-RM40
2.5 mm RM50-RM60
Harga wayar dengan kelulusan SIRIM
Berhenti sini dulu, naik aku terangkan bagaimana aku buat wiring untuk rumah aku.
on Oktober 27, 2016
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi ke Twitter
Kongsi ke Facebook
Kongsi ke Pinterest
Labels: diy, house wiring, wiring
75 ulasan:
ali bhutoo5 November 2018 pada 11:38 PG
slm boleh tlg buat wiring tak?
Balas
Balasan
Seventhwo13 Disember 2018 pada 12:12 PTG
Maaf, tiada kelulusan nak buat untuk orang lain.. Untuk diri sendiri boleh la..
Sam9214 Julai 2020 pada 12:46 PG
Elakkan guna c32,c16 cukup, maksima c20 ,untuk soket rumah, 1 aircond kalau 1 hp pun brapa ampere saja, yang pasti tidak melebihi 5 ampere, kebanyakan contaktor nak untung banyak pakai c32 looping sampai 10 plug atau keatas ,wayar 2.5 mm, tu yang Sy selalu tngk, water heater memang besar ampere pkai, yg biasa punya 1 water heater pun dh berbelas ampere sekali on
ali bhutoo17 Disember 2020 pada 5:31 PTG
tq bos korang2 membalas, lagi satu nak tanya aper jenis amphere -volts suiz ---three pin plug, three pin socket perlu di beli atau berape unit yg di perlukan.suiz ke water heater ..jawapan tuan amat di hargai terima kaseh
Balas
ali bhutoo6 November 2018 pada 9:13 PG
hi...tunjuk laa rajah wiring kotak fius db..
Balas
Unknown20 Disember 2018 pada 11:02 PG
Bolehlah belajar utk wiring rumah sendiri tujuan utk jimatkan kos.
Balas
ventura18 Februari 2019 pada 2:44 PG
Kalau ada 3 wayar yg keluar, putih, hitam & hijau....yg putih tu wayar hidup. Nak lebih pasti guna test pen, lampu test pen akan menyala bila bersentuhan dgn wayar hidup
Balas
ONE SHAH24 Mei 2019 pada 5:32 PG
Berapa saiz biasa main suis dan rccb
Balas
Balasan
Salleh24 September 2019 pada 6:48 PTG
Single phase 60a atau 40a
Balas
Unknown14 Jun 2019 pada 10:41 PG
Kalau 1 MCB 20 untuk 3 unit aircon boleh x
Balas
Balasan
Seventhwo18 Jun 2019 pada 3:34 PTG
Kebiasaan aircond 2HP menggunakan 15mA, jadi satu mcb c20 digunakan untuk 1 air cond. Jadi memang tak sesuai kalau gunakan untuk 3.
Balas
Unknown11 Julai 2019 pada 11:01 PG
Kalau dari meter ke MCCB wayar saiz berapa yang sesuai
Balas
Balasan
Sam9214 Julai 2020 pada 12:49 PG
Meter ke db box bgus pkai 16mm,10 boleh juga, tapi sy recomment pakai 16
Balas
Unknown3 Ogos 2019 pada 1:57 PG
Kalau nk buat tambahan plug point saiz wayar brape 2.5mm k?? Lepastu adakah kene tarik k DB ataw sambung dri socket utama(asal) yg sedia ada
Balas
Balasan
Haniff Bakar7 Ogos 2019 pada 3:29 PG
Ye betul wayar saiz 2.5mm..kalau plug soket yg nak dibuat tu dkt dgn DB elok tarik dr DB je..kalo nk buat dkat dgn yg dh sedia ada tu, bole je tarik (looping) dr situ..wayar pn x byk guna..hehehe
Balas
Salleh24 September 2019 pada 6:41 PTG
Biasanya 16m Dari meter, kalau sub dB baik 16m atau 10m
Balas
Salleh24 September 2019 pada 6:44 PTG
Boleh check dgn testpen Ada api takwayar putih tu, kalau tgk susunan colour wayar tu memang wayar api.
Balas
Unknown27 Oktober 2019 pada 4:11 PTG
Wyar putih biasanye wayar api@life dri suis ke lmpu atau kipas,jika on suis bru wayar putih tu ada api..
Balas
Unknown28 Oktober 2019 pada 9:44 PTG
Boleh ka pakai wayar 2.5mm utk lampu?
Balas
Balasan
Haziq Haidar21 Jun 2020 pada 5:35 PTG
Boleh ja bos, kalau bajet berlebihan. Tapi biasanya untuk litar lampu dan kipas, wayar 1.5mm dah cukup. Wayar 2.5mm biasanya hanya untuk kegunaan switch socket outlet.
Balas
ali bhutoo2 November 2019 pada 8:08 PTG
hallo boss..kalo lampu kipas pakei 2.5boleh? tq
Balas
Norazah21 November 2019 pada 10:30 PTG
Kalau wayar untuk tanam saiz 0.4mm okkah
Balas
Balasan
Sam9214 Julai 2020 pada 1:04 PG
Maksud kmu earthing kh? Bgus jgn lh, earthing minima pkai 10 ,kebanyakan contraktor bg 2.5 mm saja untuk earthing
Balas
Unknown6 Disember 2019 pada 10:23 PG
Salam bos.. Tumpang tanya.. Sy nak tmbah 1 MCB khas utk 1 bilik.. Utk kegunaan lampu, kipas dan plug di bilik tersebut.. Apa saiz wayar yg sesuai dgunakan? MCB ke bilik guna 2.5mm dan utk ke brg elektrik guna 1.5mm..sesuai ke bos?
Balas
Balasan
jay4 Februari 2020 pada 8:27 PG
take note;-
cable size 2.5mm2 utuk power point.
cable size 1.5mm2 utuk lampu, kipas.
Haziq Haidar21 Jun 2020 pada 5:38 PTG
Litar lampu dan kipas boleh kongsi mcb. Seeloknya jgn kongsi litar kipas/lampu dgn litar soket/plug.
Sam9214 Julai 2020 pada 1:10 PG
Kalau 1 bilik, u Kena pkai 1 c16 untuk soket, dan 1 c6 untuk litar lampu
Balas
Yusof16 April 2020 pada 2:42 PTG
salam bos, kalau saya nk buat wiring ke bilik besar dlmnya nk pasang 1 kipas siling,3 lampu,3 plug soket utk mesin basuh skali nak kena buat MCB khas baru dkt DB ke utk bilik tu? atau blh loop je?. DB saya ada MCB c20 tiga, c16 satu, c6 satu utk satu rumah.
Balas
Balasan
Seventhwo21 Mei 2020 pada 10:35 PTG
Berapa banyak peralatan elektrik yang akan dipakai serentak? Tengok juga jenis litar. Selari atau gelang. Tapi untuk selamat, kurangkan soket 6 untuk satu MCB. Kalau untuk lampu dan kipas, bawah dari 10 untuk selamat. Tapi macam saya, setiap bilik saya guna satu MCB.
Balas
Unknown10 Mei 2020 pada 9:55 PTG
Bos nak tanya.. Wayar tiang elektrik blh sambung dengan wayar 2.5 tak
Balas
Balasan
Seventhwo21 Mei 2020 pada 10:39 PTG
Maaf, diluar bidang. Tapi wayar dari tiang lektrik ke biasaannya guna wayar khas lebih daripada 2.5mm. Sedangkan wayar untuk water heater pun guna wayar 4mm.
Balas
apy30 Jun 2020 pada 4:38 PTG
selamat petang bosku..nak minta kepastian dan pandangan . boleh tak wayar bumi dan wayar neutral kipas siling di bilik kasi join wayar bumi dan neutral lampu led di bilik itu juga.maksud saya di kasi sambung buat T tengah tu wayar lepas tu tutup balik guna wayar tape.?..apa pandangan kamu bosku?..
Balas
Balasan
Seventhwo28 Julai 2020 pada 10:28 PG
Biasa kalau nak tambah point, saya tak sambung terus. Kena buat loop jugak. Maksudnya potong wayar bumi dan neutral yang ada. Sekarang ada 2 bahagian wayar, kiri dan kanan. Kemudian kedua-dua bahagian wayar disambungkan dengan wayar dan disambungkan ke point tambahan. Satu wayar hidup ke suis.
Balas
Unknown1 Julai 2020 pada 2:33 PTG
Untuk main switch & rccb brape nilai yang patut digunakan? Ade kira² ke?
Balas
Metalrooster816 September 2020 pada 2:17 PG
Saya ada buat db box tambahan di dapur. Tarik dari db box asal d ruang tamu. Db box tambahan yu utk 8 soket dan 6 lampu, satu point ekon. Wireman tu guna kabel 6mm je, adakah ini selamat? Sebab saya tgk kabel dr meter ke dbbox asak 10mm. Minta pandangan sahabat2
Balas
Other side of life25 Oktober 2020 pada 11:31 PTG
slm bos nak tnya rumah saya pkai 2 mcb..mcb6 n mcb 16...tp plug kmbar2..soket plug xkembar 3..kdg2.cas henpon jd panas..sbb mmg semua pkai serentak..nak tnya boleh ke sy tukar mcb 16 tu ke mcb 20 ?
Balas
Balasan
Seventhwo3 November 2020 pada 10:49 PG
Kalau ikut electrician yang datang ke rumah saya, dia biasa syor pakai mcb 20 untuk socket. Takde masalah untuk tukar ke dari mcb16 ke mcb 20. Tapi kalau jarak antara mcb tu jauh dan berlainan bilik, lebih baik asingkan ke mcb berlainan.
Balas
Azrisham9 November 2020 pada 8:52 PG
salam bos, kalau saya nk buat wiring tambah lampu. nak looping ambil dari point lampu sedia ada. Tapi, wayar neutral dan bumi dekat lampu sedia ada tu, dah pun ada 2 wayar (dah looping). boleh ke looping lagi untuk tambah lampu baru?
Balas
Unknown22 November 2020 pada 10:06 PG
salam.bos kalau pasang 1mcb20 untuk 7socket tujuan kegunaan tv,radio,chage phone..tak bahaya ke..
Balas
Orang sabah5 Disember 2020 pada 8:35 PG
Salam Bo's, boleh Tak 1 mcb contoh c20 tarik 2 point berlainan? 1 mcb cucuk 2 wayar me 2 point berbeza, Tak looping dari point.
Balas
Unknown11 Disember 2020 pada 12:23 PG
Salam bos mcm mana nk tau db box perlu tukar or tak perlu tukar yer...
Balas
Unknown11 Disember 2020 pada 12:40 PG
Lau nak pasang kipas siling baru kenak tarik wayar pergi main swis lagi ke? Atau boleh sambung dengan lampu?
Balas
Balasan
Seventhwo22 Disember 2020 pada 9:25 PG
Boleh tarik dari dari lampu saja. Satu wayar akan ke suis.
Balas
Unknown13 Disember 2020 pada 9:35 PG
Hello bos..untuk pengetahuan bos..
Kalau aircond nak kongsi point satu circuit...macam dua point untuk satu circuit...berapa amphere dia pakai bos?
Balas
Unknown26 Disember 2020 pada 6:26 PTG
Apa jadiya kalau pakai c32 untuk lampu dan kipas??
Balas
alliff9 Januari 2021 pada 11:11 PG
Hello bos..kalau 2 biji aircond 1hp boleh guna mcb32 serentak ke?
Balas
Balasan
Izadil27 Januari 2021 pada 7:42 PTG
Kalau ikut kata electrician yang saya tanya baru-baru ini, kalau 1hp, tiada masalah.
Balas
Morjhan17 Januari 2021 pada 1:12 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Balas
Morjhan17 Januari 2021 pada 1:12 PTG
Kalau untuk lampu dan kipas, guna wayar 2.5 mm, ok juga ka?
Balas
Balasan
Izadil27 Januari 2021 pada 7:39 PTG
Boleh saja.
Balas
mat heri25 Januari 2021 pada 7:12 PTG
wayar 2.5mm brapa banyak boleh buat plug?
Balas
Balasan
Izadil27 Januari 2021 pada 7:40 PTG
Plug bergantung bada suis di MCB, bukan wayar. Tapi arus tinggi kena guna eperti untuk air panas kena gunakan wayar yang tebal.
Balas
mat heri25 Januari 2021 pada 7:12 PTG
wayar 2.5mm brapa banyak boleh buat plug?
Balas
Unknown27 Januari 2021 pada 9:10 PTG
Kos sub db dari dpn ke dapur 25meter brp
Balas
Unknown24 Februari 2021 pada 3:04 PTG
salam..tumpang tanya..berapakah saiz kabel yg sesuai untuk 1 unit aircond 2.0 hp dan berapakah mccb yg sesuai untuk aircn 2.0 hp tersebut
Balas
Balasan
shafiq kamaruddin9 Mac 2021 pada 9:55 PTG
2.5mm kabel
1hp c16 1 unit
2hp c20 1 unit
Balas
rompeng27 Mac 2021 pada 7:28 PTG
cable 2.5mm boleh support ekon hingga berapa hp
Balas
Unknown30 Mac 2021 pada 8:49 PTG
Salam.. saya nak pasang sub db di dapur. Berapa amp rccb yang sesuai jika dia main rccb 63 amp. Terima kasih
Balas
Balasan
Spoket 1831 Mac 2021 pada 8:44 PG
Pakai 42amp pn blh.mcb pakai 20a,16a,6a utk lmpu n kipas.sya bt kt umah sya smua asing2.salin smua wire lma 1 umah.
Balas
Unknown31 Mac 2021 pada 4:58 PTG
Soalan 1 : Point water heater dri pemaju rumah baru sudah ada tp kabel pendek,klu nk sambung ke kabel water heater boleh terus sambung wayar atau pakai connector tuk sambungan atau ada cara buat penyambungan kabel tersebut?
Soalan 2 : Kabel 4mm klu pakai plug 13A boleh ke ?
Balas
My Dream10 April 2021 pada 12:47 PTG
Assalam... nak tanya, boleh ke lampu guna mcb c20. Ada masalah tak..
Balas
Unknown9 Jun 2021 pada 8:36 PG
bolehke sy tukar mcb db box sy kpada c20 smua? skrg guna c20 2 dan c6 2 sya nk tkar yg c 6 tu kepada c 20 ?? blh x mohan bntu pencerahan ya tq..
Balas
Unknown13 Jun 2021 pada 9:38 PTG
Betul ke kalau guna wayar 4.0mm untuk aircond bole jimatkan electric
Balas
Unknown22 Jun 2021 pada 1:08 PG
Wayar putih tu wayar suis
Balas
RZ3 September 2021 pada 10:29 PTG
slm tuan... nak tanya kalau nak tarik wire dari rumah ke kebun jarak 70 meter wire siaz apa perlu guna.. untuk guna water pump 2hp 1500 watt..
Balas
Unknown23 Oktober 2021 pada 11:00 PG
Assalamualaikum bos.. nak tanya boleh x kita looping Suiz lampu untuk tambah plug.....atau looping duizy plug untuk tambah lampu
Balas
Unknown12 Januari 2022 pada 8:49 PTG
Assalamualaikum shbt saya nk tyn klau mccb 63A elcb berapa pulak
Balas
Unknown27 Februari 2022 pada 12:08 PTG
Assalam tuan. Saya nk tukar regulator kipas siling. Tp wire yg ada di dinding ada 3. 2 putih, 1 hijau. Macamana cara nk sambung wire pada regulator baru. Tq
Balas
Balasan
unknown2 Mac 2022 pada 3:11 PTG
Sambung aje dua wayar putih tu ke sambungan regulator iaitu satu input dan satu output. Terbalik pun tak apa. Yg hijau tu sambung ke body regulator jika bodynya besi. Kalau tak, tape aje hujungnya sebab takut tersentuh ke wayar live regulator dan boleh trip elcb.
Balas
Unknown14 Mac 2022 pada 1:23 PTG
Nak Tanya...Kalau pasang aircond 1.5hp Dan water heater...share mcb20 boleh tak...
Balas
Balasan
Unknown11 April 2022 pada 10:05 PTG
Tak boleh
Balas
Datok Keramat5 Jun 2022 pada 9:37 PTG
Boss tumpang tanya ada kalanya kabel neutral ada karen. Bahaya tak. Kalu pakai test pen boleh bagi bacaan 12 amp ke voltan kat kabel hidup live. Yg kabel neutral tu ada karen tak da bacaan amp ke voltan. So selamat ke wiring rumah sedia ada
Balas
Akuakuaku2 Januari 2023 pada 5:13 PG
Salam..
1.kalau kita guna wayar size 2.5 untuk neutral pergi ke lampu boleh x?
2.Boleh x kita tarik wayar neutral dari soket pergi ke terminal neutral lampu?
Balas
Balasan
Morjhan2 Januari 2023 pada 6:24 PG
1) Boleh. Cuma kurang sesuai. Lebih sesuai jika guna 1.5mm dan harga wayar pun lebih murah.
2) Tidak boleh. Sebab MCB untuk litar kuasa/soket adalah terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk litar lampu.
Balas
Amid858 Januari 2024 pada 5:00 PG
Salam tuan...nk tanya 1suis lmpu nk psang 8led siling kpur trmsuk led strep blh ka... dan gunakn controler untuk kawal lps on suis.. wayer lmpu boleh ke loping ke 8 led... dan led tu 1led 24wt.. harap dpt jwpn..
Balas
0 komentar:
Catat Ulasan