Awal kedatangan orang BAWEAN ialah ke SINGAPURA pada tahun 1812.Singapura menjadi tempat kedua terbesar di luar pulau Bawean yang menempatkan orang Bawean.Dari pulau Bawean mereka merantau ke Singapura,Tawau,Sabah, sebelum mereka merantau ke tanah melayu. malah ada yang merantau ke Thailand dan ke Vietnam.Tujuan mereka merantau adalah untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Keberanian mengharungi lautan dengan perahu kecil di jadikan modal oleh orang Bawean untuk merantau dan berhijrah.pada tahun 1891 terdapat 3,161 orang di Kuala Lumpur,Johor Bharu,Melaka,Seremban dan Ipoh,mereka bekerja sebagai petani,penjaga kebun dan pekerja AM.Kampung Segambut dan kampung Sungai Pencala adalah kampung tradisional orang Bawean. mereka mengusahakan ladang getah,dusun buah dan kebun sayuran. perkampungan tradisional dan tanah ladang getah milik mereka ini masih bisa di lihat hingga ka hari ini.Profesor madya Datuk Hj Zainal Abidin Borhan mantan pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pernah mengkaji orang Bawean keistimewaan yang ada pada orang Bawean. "Orang Bawean sangat terkenal dengan sikap kebersamaan yang sangat akrab dan semangat gotong royong yang tinggi, sikap kebersamaan ini dapat kita lihat jika ada majlis kenduri,majlis tahlil, majlis kesyukuran dan sebagainya, orang Bawean mempunyai sikap yang kental dan tekun dalam bekerja,tiada orang Bawean dilaporkan menjadi pengemis atau peminta sedekah. Banyak bantuan dan sumbangan yang telah di berikan terhadap kemajuan tanah melayu,tertulis di dalam buku perhimpunan perdana 50 Tahun UMNO 10 Mei 1996,persatuan Bawean Selangor adalah satu pertubuhan yang menghadiri kongres Melayu pertama 1946 acara tersebut di wakili oleh Mohd Said Abdul Rahman dan Ahmad Mohammaddin Hasan
0 komentar:
Catat Ulasan