Isnin, Mac 28

Buruh maut tergelincir bumbung sekolah


GAMBAR anak panah menunjukkan tempat Kismantio terjatuh dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh warga Indonesia sempat melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum dia maut selepas tergelincir dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud yang dalam pembinaan di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Kismantio, 28, sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di atas bumbung bangunan itu.

Mangsa yang berasal dari Jawa Timur cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

0 komentar:

Catat Ulasan

Share |

Buku Cerita Bawean